Selasa, 04 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Proton Tidak Sertai KLIMS13 Tiada Ruang

Proton Tidak Sertai KLIMS13 Tiada Ruang


KUALA LUMPUR – Ketiadaan jenama negara, Proton, di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13) ialah kerana syarikat gagal mendapat ruang pameran yang sesuai, kata penganjur pameran Persatuan Automotif Malaysa (MAA).

Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata penyertaan Proton ialah sejurus selepas pengundian ruang telah dilakukan dan syarikat itu telah diperuntukkan ruang kecil di dewan kedua yang telah dipersetujui pada awalnya.

“Mereka kemudiannya datang kembali kepada kami dan meminta ruang lebih besar di dewan hadapan yang kami tidak dapat penuhi kerana tiada lagi ruang yang tinggal,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian KLIMS13 dan serentak dengan penutupan Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Itu lah satu-satunya sebab mengapa Proton tidak turut serta yang beliau ketahui dan ia bukanlah disebabkan oleh faktor kos kerana yuran penyertaan adalah sama sejak 2006.

Beliau menambah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak sebarang kemungkinan akan penyertaan syarikat di dalam edisi akan datang KLIMS.

Edisi kelapan KLIMS dibuka kepada orang ramai, bermula esok sehingga 24 November dan akan mengetengahkan 78 jenama termasuk Citroen, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Infiniti, Isuzu, Lexus, Nissan, Perodua, Peugeot, Toyota, Subaru dan Volkswagen. Ia dijangka menarik 330,000 pengunjung. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar