Kamis, 26 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Cara Ustaz Kazim Layan Soalan Pembangkang

Cara Ustaz Kazim Layan Soalan Pembangkang






Bukan rahsia lagi, Ustaz Kazim Elias dianggap pro kerajaan bagi penyokong pembangkang.

Dia juga diketahui gemar berlucu ketika menyampaikan ceramah. Caranya itu turut dibawa dalam status-status yang dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Justeru apabila dikritik kerana hal ini, Ustaz Kazim memberikan penjelasan bahawa itulah cara beliau menghiburkan orang dan hati sendiri selagi dibenarkan syarak.

Lagipun katanya, ada ‘ustaz deme’ yang juga suka berkuliah gurau namun mereka boleh pula ketawa berdekah-dekah – kemungkinan besar merujuk kepada seorang ustaz popular yang pro pembangkang.




Sememangnya tidak mudah apabila sudah dilabelkan sebagai penyokong pihak tertentu.

Kadangkala, ada antara pengikut laman Facebook Ustaz Kazim dapat dilihat sengaja melontarkan soalan yang memerli pihak pemerintah untuk meihat bagaimana jawapan Ustaz Kazim.

Namun beliau biasanya menangkis soalan mereka dengan jawapan yang juga mampu membuatkan pihak yang bertanya terdiam dan berfikir sejenak.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Sebagai contoh apabila ditanya sama ada hukum mengundi pemimpin rasuah makruh atau haram; Ustaz Kazim menyatakan hukumnya samalah seperti mengundi pemimpin yang menyokong lgbt, liberalisme, plurisme dan syiah. - REM RAMZI  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar