Minggu, 23 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Azizan kekal Ulamak PAS Kedah sokong Presiden

Azizan kekal Ulamak PAS Kedah sokong Presiden


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan memimpin sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi PRU13.

Justeru itu, kata Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Romli sesuai dengan ketetapan itu, semua pimpinan PAS di negeri Kedah dan dewan-dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini.

“Tugas utama kita ialah menumbangkan kekuasaan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional.

“Dengan ini, Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah berdiri teguh bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepimpinan Majlis Syura Ulamak, untuk mempertahankan kemenangan PAS di Negeri Kedah dalam PRU13,” tegas dalam satu kenyataan ringkas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar