Senin, 10 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » PAS Mahu Jaminan Kos Haji Tidak Meningkat

PAS Mahu Jaminan Kos Haji Tidak Meningkat


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tabung Haji memberi jaminan tiada caj tambahan akan dikenakan ke atas para jemaah haji musim ini berikutan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, pemuda PAS berasa bimbang perkara itu akan berlaku kerana kebiasaannya kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan peningkatan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan.

“DPPM bimbang dalam musim umat Islam menunaikan ibadah haji, dibimbangi akan bertambah kos-kos sampingan yang bakal dikenakan.

“Kami mendesak Tabung Haji memberi jaminan bahawa jemaah haji tidak akan dikenakan caj tambahan ekoran kenaikan harga petrol dalam negara. Jaminan ini penting buat jemaah haji kerana kenaikan ini akan memberikan kesan kepada pelbagai kos,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad dalam pada itu mendakwa, kerajaan sepatutnya turut mengumumkan semua elaun dan gaji Menteri dan Timbalan Menteri dipotong untuk membantu rakyat dan bersama-sama menanggung beban akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

“Pelbagai pihak sedang memperkatakan stuasi terkini dalam negara akibat kenaikan harga petrol kerana ia akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian rakyat,” dakwanya lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar